YAKINLAH SEGALA REZEKI DATANG DARI ALLAH

Sahabat yang dimuliakan,
Semakin lama kita mencari pendapatan semakin kita rasa usaha kitalah yang mendatangkan rezeki untuk keluarga kita. Kalau kita bisnes, tangan kitalah yang dapat menentukan rezeki keluarga kita. Kalau kita bekerja makan gaji, kita rasa majikan kitalah yang menentukan turun naik pendapatan kita.

Semakin lama kita semakin lupa dengan Allah. Kita tidak yakin bahawa segala rezeki datang dari Allah. Kita hanya yakin kekuatan dan usaha kitalah yang menyebabkan kita kaya dan terjamin.

Hakikatnya tidak begitu. Kadang-kadang bisnes kita menjadi pada mulanya tiba-tiba Allah memberi musibah pada kita menyebabkan bisnes kita gagal. Kadang-kadang kita adalah pekerja yang dianggap cemerlang oleh majikan tetapi kita yang diberhentikan.

Yakinlah kita bahawa yang menentukan rezeki kita bukan tangan kita atau majikan kita tetapi adalah Allah. Allah telah menetukan rezeki pada kita. Hanya kita yang perlu menjemput rezeki tersebut atas belas ihsan dan kasih sayang Allah

Jadi langkah pertama mencari rezeki dan pendapatan adalah dengan “pasang kabel” dengan Allah. Nak minta sesuatu, berdoa dulu pada Allah. Kemudian barulah diusahakan. Insya Allah akan dikabulkan kerana Allah itu Ar-Razak (Maha memberi rezeki).

___________________________________________________________________ Faizul a.k.a (E.Z.). Kepakaran saya ialah memberi panduan urus duit poket semudah 1-2-3. Masalahnya ramai orang yang membeli tiket bersara miskin, mati papa, keluarga merempat. Dengan mengurus duit yang betul, saudara boleh bersara kaya, keluarga bahagia. Dapatkan nasihat analisis kewangan PERCUMA SMS 013-5334123
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.


Fatal error: Call to undefined function get_sidebars() in /home/ideafaiz/public_html/wp-content/themes/iFinance/iFinance/single.php on line 49