KENAPA TAKAFUL TIDAK MELINDUNGI?

Ini adalah maklumbalas yang diambil dari facebook.com/mohamadfaizulibrahim

SOALAN

 

Saya ingin mengetahui tentang  takaful, diharap  sudi memberi penerangan. Biasanya insurans ada pelbagai jenis iaitu perubatan, pendidikan dan sebagainya. Bagaimana pula dgn takaful. Cerita yang saya dengar masa mula-mula nak beli insurans, semuanya boleh claim, tetapi apabila sesuatu perkara berlaku dan nak claim, banyak alasan diberi seperti ‘tak cover’. Mohon penjelasan.

 

JAWAPAN

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga puan dirahmati dan dilindungi oleh Allah sekeluarga di kala ini dan masa yang akan datang. Amin. Pertamanya saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kerana memberi maklum balas terhadap blog ini

Takaful berbeza dengan insurans dari sudut kontrak. tetapi mempunyai objektif yang sama. Semua syarikat takaful dan insurans dilesenkan oleh Bank Negara. Segala kesilapan yang dilakukan oleh wakil syarikat atau syarikat sendiri boleh dilaporkan kepada Bank Negara.

Takaful juga mempunyai kad perubatan dan rawatan percuma, manfaat kematian, manfaat lumpuh, manfaat penyakit kritikal, elaun hospital, manfaat wanita, simpanan dan pelaburan. Beberapa perkara yang di perlu difahami oleh wakil syarikat dan pelanggan ialah:-

  • Wakil perlu menerangkan syarat-syarat penting sebelum pelanggan mengambil takaful.
  • Wakil perlu menerangkan jenis penyakit dan sehingga tahap mana ia dilindungi.
  • Wakil dan pelanggan mesti menceritakan tahap kesihatan sebenar semasa mengisi borang permohonan.
  • Wakil dan pelanggan perlu memahami konsep “cash before cover”. Penyakit sedia ada / kemalangan sedia ada tidak boleh diberi manfaat lagi. Kebanyakan wakil dan pelanggan terperangkap disini. Ini kerana wakil dan pelanggan memberi maklumat yang kurang tepat semasa mengisi borang. Nabi juga berpesan ingat sihat sebelum sakit.
  • Selain itu caruman dan simpanan yang ditangguhkan juga akan menyebabkan tiada lagi manfaat diberi. Ia  merujuk konsep “cash before cover”.
  • Pelanggan perlu membaca polisi kontrak setelah ia sampai ke tangan pelanggan.
  • Pelanggan perlu bertanya kepada wakil tentang isi polisi kontrak yang tidak difahami.
  • Wakil mesti menerangkan maksud isi kandungan polisi kontrak kepada pelanggan
  • Jaminan wang dikembalikan sekiranya pelanggan ingin membatalkan kontrak dalam tempoh 15 hari pertama dari tarikh penerimaan polisi
  • Pelanggan perlu memberitahu wakil sekiranya ingin membatalkan polisi.
  • Wakil mesti menguruskan pembatalan tersebut.
  • Pelanggan perlu memberitahu waris yang ia memiliki takaful dan dimana tempat dia menyimpan polisi kontrak tersebut dan nombor telefon wakil dan syarikat.
  • Wakil mesti selalu berhubungan dengan pelanggan. Pelanggan / waris perlu memberitahu wakil keadaan diri pelanggan sekiranya sesuatu berlaku.
  • Wakil atau syarikat akan menguruskan urusan pembayaran manfaat
  • Pelanggan perlu memastikan dia hanya mendapat nasihat daripada wakil yang betauliah, berintegriti dan bertanggungjawab.

Dibawah ini pula saya senaraikan syarikat takaful yang telah mendapat lesen dari Bank Negara untuk menjalankan operasinya (rujuk laman web Bank Negara www.bnm.gov.my):-

  1. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
  2. AIA AFG Takaful Bhd.
  3. CIMB Aviva Takaful Berhad
  4. Etiqa Takaful Berhad
  5. Great Eastern Takaful Sdn Bhd
  6. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
  7. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  8. MAA Takaful Berhad
  9. Prudential BSN Takaful Berhad
  10. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Saya harap maklumat  ini dapat menjawab beberapa maklumbalas puan. Sebarang persoalan dan maklumbalas boleh dikemukan lagi selepas ini sekiranya puan masih ada keraguan tentang kewangan Islam.

Sekian, terima kasih kerana prihatin.

Dibawah ini pula saya senaraikan syarikat takaful yang telah mendapat lesen dari Bank Negara untuk menjalankan operasinya:-

Saya harap mesej ini dapat menjawab beberapa maklumbalas puan. Sekian

___________________________________________________________________ Faizul a.k.a (E.Z.). Kepakaran saya ialah memberi panduan urus duit poket semudah 1-2-3. Masalahnya ramai orang yang membeli tiket bersara miskin, mati papa, keluarga merempat. Dengan mengurus duit yang betul, saudara boleh bersara kaya, keluarga bahagia. Dapatkan nasihat analisis kewangan PERCUMA SMS 013-5334123
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.


Fatal error: Call to undefined function get_sidebars() in /home/ideafaiz/public_html/wp-content/themes/iFinance/iFinance/single.php on line 49